Sep 8, 2016

Penggunaan غير dalam ayat


Kaedah menggunakan perkataan غير

Perkataan غير memberi maksud “TIDAK, BUKAN, TANPA, SELAIN” dan sebagainya.
Penggunaan غير boleh terjadi dalam ayat lengkap جملة مفيدة mahupun tidak lengkap.

Bagi ayat lengkap, penggunaannya seperti contoh di bawah:
هُوَ غَيرُ قَادرٍ على العمَلِ
“dia tidak mampu berkerja”

فاطمة غيرُ مُستَعِدَّةٍ لِلامتحانِ
“Fatimah tidak bersedia untuk peperiksaan”

يَهتَمُّ الرَّجلُ بِكُلِّ شَيءٍ غَيرِ الـمَالِ
“lelaki itu menyukai semua benda melainkan harta”

يُسمَحُ الأَكلُ هُنَا لِلأعضَاءِ وغَيرِ الأعْضَاءِ
“makan di sini dibenarkan bagi ahli-ahli dan selain ahli”

أكلتُ السَّمَكَةَ غَيرَ الـمَطبُوخَةِ
“saya telah makan ikan yang tidak dimasak”

Perhatian:

1.    Selepas perkataan غير, perkataan selepasnya mesti Majrur مجرور (baris di bawah / ينِ).
Contoh:
غَيرِ الـمَالِ
غَيرِ الأعْضَاءِ
غَيرَ الـمَطبُوخَةِ

2.    Jika غير digabung dengan Sifat, maka 4 perkara perlu dilihat; iaitu ال, jantina, jumlah dan baris akhir.

Contoh 1:

هذا كتابٌ غيرُ مَبِيعٍ
“ini ialah buku yang tidak dijual
·       غيرُ berbaris hadapan kerana mengikut baris pada perkataan akhir كتابٌ.
·       Perkataan مبيع tiada ال kerana mengikut perkataan كتاب yang tiada ال.
·       Perkataan مبيع adalah مذكر (lelaki) kerana mengikut perkataan كتاب yang juga مذكر.
·       Perkataan مبيع adalah مفرد (satu / tunggal) kerana mengikuti perkataan كتاب yang juga مفرد.

Contoh 2:

لاَ تَتْبَعِ الـمَرأةَ غَيرَ الصَّالِحَةِ
“janganlah engkau mengikuti wanita yang tidak baik
·       غيرَ berbaris di atas, kerana mengikut baris pada perkataan akhir المرأةَ yang juga berbaris atas.
·       Perkataan الصالحة ada ال kerana mengikut perkataan المرأة yang juga ada ال.
·       Perkataan الصالحة adalah مؤنث (perempuan) kerana mengikut perkataan المرأة  yang juga مؤنث.
·       Perkataan الصالحة adalah مفرد (satu / tunggal) kerana mengikuti perkataan المرأة yang juga مفرد.

Kesalahan penggunaan غير dalam contoh di bawah:
هذا كتابٌ غيرُ الـمَبِيعِ (salah)
هذا كتابٌ غيرُ مَبِيعٍ (betul)

الأطعمةُ غيرُ لذيذةٍ على الطاوِلة (salah)
الأطعمةُ غيرُ اللّذيذةِ على الطاوِلة (betul)

Perkataan-perkataan lain yang mempunyai kaedah yang sama:
شِبهُ : seperti
نِصفُ: sebahagian / pertengahan


0 comments:

Post a Comment