Apr 25, 2016

Penggunaa Munada dan Nida النداء والمنادى

Huruf Nida atau kata panggilan beberapa bentuk, contohnya:
أيْ ، يا ، أيا ، هيا ، وا

Smuanya memberi maksud: "Wahai, oh.."
Munada (orang yang diseru / dipanggil) ada beberapa kategori.


1. Kata nama khas (اسم العالم).
Contoh:
يا شكري 
(wahai Syukri), 

يا مريم 
(wahai Maryam).


2. Munada yang tidak diketahui namanya, atau tidak mahu dipanggil dengan namanya, bahkan dipanggil berdasarkan gelaran atau pekerjaan dan sebagainya. Ia disebut sebagai النكرة المقصودة. Contoh:

يا شُرطيُّ 
(wahai polis)

يا سائِقُ 
(wahai pemandu)

* Munada jenis ini sentiasa Marfu' (مرفوع)iaitu yang baris akhir / perkataan akhir berbaris hadapan, berakhir dengan ــان dan ــون.

3. Munada yang tidak diketahui siapa. Biasanya panggilan (Nida’) jenis ini digunakan apabila dalam keadaan kecemasan. Ia disebut sebagai النكرة غير المقصودةContoh:

يا سامعًا ساعدني!
“Wahai siapa-siapa saja yang mendengar, tolong aku!”


* Munada jenis ini sentiasa Mansub (منصوب), serta tiada الـ. Maksud mansub ialah baris akhir / perkataan akhir berbaris atas, berakhir dengan ــين dan ٍــات

4. Munada dalam keadaan rangkai kata (yang mempunyai dua perkataan atau lebih). Contohnya:

يا عبدَ الرحمنِ
(wahai Abdur Rahman)

 يا راكِبَ الدَّراجَةِ
(wahai penunggang basikal)

* Perhatikan perkataan pertama (عبدَ) dan (راكِبَ). Ia mesti Mansub.

5. Munada seakan-akan Mudhaf. Iaitu Munada yang seakan-akan rangkai kata seperti pada No. 4, tetapi berfungsi sebagai kata kerja (فعل). Munada ini juga Mansub serta tiada الـ

يا مُتْقِناً عَمَلَهُ
(wahai Abdur Rahman)

Perhatian:
Jika perkataan yang mempunyai badal atau Isim yang mempunya Alif Lam, Nida yang digunakan mesti lah أيها. Contoh:
أيُّهَا الأستاذُ محمدٌ
(wahai Ustaz Muhammad)
Antara kesalahan yang biasa dilakukan:
يَا الأستاذُ محمد X
يَا أستاذُ محمد X

0 comments:

Post a Comment