Apr 2, 2015

Kaedah Nombor 3 hingga 10 (rangkai kata dan ayat)



Sebelum ini kita pernah mempelajari kaedah membina ayat atau rangkai kata nombor  / bilangan 1 hingga 2 di bawah tajuk Nombor dan Bilangan (العدد والمعدود).

Bagaimana pula jika anda membina ayat dalam Bahasa Arab menggunakan nombor 3 sehingga 10? Contohnya:

عِندِي ثَلاثَةُ كُتُبٍ
"Saya ada 3 buah buku"

Mari kita lihat cara membina ayat menggunakan nombor / bilangan di atas.

Sebelum itu, kita hendaklah memastikan beberapa perkara penting dalam pembinaan ayat ini:

1. Bilangan 3 hingga 10 berbeza dengan kaedah nombor-nombor lain.

2. Mesti memastikan jantina sesuatu perkataan dan nombor kerana nombor dan bilangan (untuk nombor 3 hingga 10) mesti berlainan jantina, tidak boleh sama jantina.

3. Mengetahui jama' (جمع) kepada perkataan yang menjadi objek dibilang atau penjodoh bilangan.

Kaedah asas:

1. Tentukan perkataan / kata nama yang akan menjadi objek yang dibilang. Contohnya:

كِتَابٌ
"Sebuah buku"

2. Selepas itu, tentukan jantina perkataan itu samada Lelaki (Muzakkar مذكر) atau Perempuan (Muannath مؤنث).
Contoh seperti yang di atas:

كتاب - مذكر (Lelaki)

3. Setelah itu, tukarkan perkataan كتاب kepada Jamak (جمع):
Jamak كتاب ialah ٌكُتُب.

كُتُبٌ
"Buku-buku"


4. Oleh kerana ia Jamak Taksir, kita mesti tukarkan baris akhir pada كتبٌ kepada baris dua di bawah (ــٍــ). 

كُتُبٍ

Tapi jika Jamak Muzakkar Salim, huruf Wau (و) mesti ditukar kepada Ya' (ي).

Perlu diingatkan, jangan sesekali menambah Alif Lam (الــ) di hadapan perkataan كتب.

5. Setelah selesai mengubahsuai perkataan di atas menjadi ٍكُتُب baru lah kita boleh menyesuaikan dengan nombor pula.

6. Katakan kita ambil nombor 3. Nombor 3 dalam bahasa Arab ialah ٌثَلاَث untuk lelaki (مُذَكَّر), manakala ٌثَلاَثَة untuk perempuan (ٌمُؤَنَّث).

7. Baik, cuba lihat kembali jantina perkataan كتاب (sebelum ia ditukar kepada Jamak). Jantinanya ialah Lelaki (مذكر). 

Apabila jantina perkataan itu Lelaki (مذكر), maka nombor nya mestilah Perempuan (مؤنث). Ia mesti cross atau terbalik. Jadi, nombornya ialah ثٓلاَثَةٌ.

8. Setelah itu, buangkan baris tanwin pada akhir nombor, menjadi:

ثَلاَثَةُ
"Tiga"

9. Selesai sudah perubahan pada kedua-dua perkataan (nombor dan objek dibilang).

Sekarang kita susun. Ingat, nombor 3-10 mesti berada sebelum objek dibilang. Jadi:

ثَلاَثَةُ كُتُبٍ
"Tiga buah buku"

Contoh ayat lengkap:

عِنْدِيْ ثَلاَثَةُ كُتُبٍ
"Saya ada tiga (buah) buku"

Begitu lah kaedah untuk nombor 4,5,6,7,8,9,10.

Contoh rawak:

عِنْدِيْ أرْبَعَةُ كُتُبٍ
"Saya ada empat buah buku" 

هٰذِهِ خَمْسُ دَجَّاجَاتٍ
"Ini ialah lima ekor ayam"

فِي الفَصْلِ سِتُّ بَنَاتٍ
"Dalam kelas (itu) ada enam orang budak perempuan"

0 comments:

Post a Comment