Mar 20, 2015

Ringkasan Jenis Tasybih الملخص في أنواع التشبيه



Bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan menduduki SPM pasti akan pernah mempelajari bab Tasybih (التشبيه - perumpumaan). 


Pelajaran ini terdapat dalam buku teks tingkatan 4 pada bab-bab yang terawal.

Dalam Tasybih التشبيه ini ada beberpa jenis, iaitu:

1. مرسل (mur-sal) : Tasybih yang mengekalkan kata hubung yang memberi maksud "seperti" atau dipanggil أداة التشبيه (a-daa-tut-tasy-biih).

Contoh:
الرجل كالأسد في الشجاعة
"Lelaki itu seperti singa dari segi keberanian"

2. مؤكد (mu-ak-kad) : Tasybih yang dibuang أداة التشبيه (a-daa-tut-tasy-biih).

Contoh:
الرجل أسدٌ في الشجاعة
"Lelaki itu seperti singa dari segi keberanian"

3. مفصل (mu-fas-sal) : Tasybih yang mengekalkan huraian atau sifat perumpamaan ataupun dipanggil وجه الشبه (waj-hus-sya-bah).

Contoh:
العامل كالسحاب في الكرم / كرمًا 
"Pekerja itu seperti awan dari segi (sifatnya yang) pemurah"


4. مجمل (muj-mal) : Tasybih yang dibuang وجه الشبه nya.

Contoh:
العامل كالسحاب
"Pekerja itu seperti awan dari segi (sifatnya yang) pemurah"

5. بليغ (ba-liigh) : Tasybih yang dibuang أداة التشبيه dan وجه الشبه. Maka yang tinggal hanyalah مشبه (benda yang diumpamakan) dan مشبه به (benda yang diumpamakan dengannya) sahaja.

Contoh:
محمد بدرٌ
"Muhammad seperti bulan purnama dari segi keindahan"

Setelah kita perhatikan jenis Tasybih seperti di atas secara ringkas, mari kita fokuskan kepada pembentukan Tasybih Baligh التشبيه البليغ dengan mengambil kira beberapa perkara:

1. Musyabbah Bih المشبه به mesti dibuang Alif Lam di hadapannya, kita sebut sebagai Nakirah (نكرة).

2. Berakhir dengan baris tanwin jika mufrad, jamak taksir (beberapa jamak taksir tidak boleh berbaris tanwin) dan jamak muannath salim (jamak perempuan yang berakhir dengan Alif Ta).

Contoh:

النبي بدرٌ
العلماء أنوارٌ

Jika Musyabbah Bih masih ada Alif Lam maka dari segi tatabahasanya tidak berapa tepat!

0 comments:

Post a Comment