Pages

Mar 15, 2015

Mengenal Kata Kerja معرفة الأفعال (Siri 1)



Kata kerja dalam Bahasa Arab terbahagi kepada 3 jenis:

1. الفعل الماضي - al-fi'-lul-maa-dhii (kata kerja yg telah berlaku). Jika terjemahan dalam bahasa Melayu ditambah perkataan telah sebelum kata kerja.

2. الفعل المضارع - al-fi'-lul-mu-dhaa-ri' (kata kerja yg sedang / akan berlaku). Dalam bahasa Melayu ditambah sedang sebelum kata kerja.

3. فعل الأمر - fi'-lul-amr (kata kerja perintah). Dalam bahasa Melayu ditambah "lah" selepas kata kerja.

Semua kata kerja dalam Bahasa Arab adalah mengikut:

1. Waktu (sebagaimana pembahagiannya di atas)

2. Jantina ganti nama 

3. Jumlah ganti nama

4. Kata ganti yg tersembunyi / yg terkandung dalam kata kerja

Contoh kata kerja yg telah berlaku past tense iaitu الفعل الماضي ialah:

كَتَبَ
Dia telah menulis

جَلَسَ
Dia telah duduk

رَأَى
Dia telah melihat

فَتَحَ
Dia telah membuka

Setelah melihat contoh pada kata kerja الفعل الماضي, mari kita pergi dengan lebih detail. 

Kita ambil contoh كَتَبَ seperti di atas, dan kita analisis:

1. Waktu: الفعل الماضي (masa lepas / past tense) "telah"

2. Jantina: مذكر (lelaki)

3. Jumlah: مفرد (seorang / singular)

4. Kata ganti tersembunyi: Dia..

Bila kita terjemahkan كتب secara lengkap ke dalam bahasa Melayu, ia akan jadi: Dia (seorang, lelaki) telah menulis..

Indah bukan? Dengan hanya 3 huruf dalam bahasa Arab iaitu ك ت ب sahaja sudah memberi maksud sepanjang itu dalam bahasa Melayu?

Cuba tengok contoh ini pula:

جَلَسَ
(Waktu: فعل ماض | Jantina: Lelaki | 
Jumlah: seorang | Kata ganti: Dia)
"Dia (lelaki / seorang) telah duduk"

رَأَى
(Waktu: فعل ماض | Jantina: Lelaki | 
Jumlah: seorang | Kata ganti: Dia)
"Dia (lelaki / seorang) telah melihat"

Masih lagi kata kerja yg telah berlaku فعل ماض. 
Mari kita ubah pula jantina kepada perempuan. Yang lain kekalkan:

- Waktu:  فعل ماض (telah)
- Jantina: perempuan
- Jumlah: seorang
- Kata ganti: Dia

Bagi kreteria di atas, penambahan huruf Ta berbaris mati (ْـت) selepas kata kerja mesti dilakukan.
Contoh:
كَتَبَتْ
(Waktu: فعل ماض | Jantina: Perempuan | 
Jumlah: seorang | Kata ganti: Dia)
"Dia (perempuan / seorang) telah menulis".

جَلَسَتْ
(Waktu: فعل ماض | Jantina: Perempuan | 
Jumlah: seorang | Kata ganti: Dia)
"Dia (perempuan / seorang) telah duduk"

Setakat itu sahaja pada kali ini, kita sambung siri kedua.






2 comments: