Mar 15, 2015

Mengenal Kata Kerja معرفة الأفعال (Siri 2)


Setelah kita belajar mengenali kata kerja فعل ماض (kata kerja yg telah berlaku) dan fokus pada kata ganti seorang lelaki dan seorang perempuan pada pelajaran yg lalu.


Sekarang, kita kekalkan pelajaran lalu, cuma kita belajar buat ayat.

Kita ambil contoh yang lalu iaitu َكَتَب (dia / seorang / lelaki / telah menulis).

Dalam kata kerja Bahasa Arab, kata kerja boleh berada di hadapan sebelum pelaku. Juga boleh berada selepas pelaku. 

Contoh:
كَتَبَ أَحْمَدُ الرِّسَالَةَ

Ahmad telah menulis surat itu.
(Ahmad: dia / seorang / lelaki / telah menulis)

أحْمَدُ كَتَبَ الرِّسَالَةَ

Ahmad telah menulis surat itu.

Contoh lain:

جَلَسَ مُحَمَّدٌ عَلَى الكُرْسِيِّ

Muhammad telah duduk di atas kerusi itu.
(Muhammad: dia / seorang / lelaki / telah duduk)

Contoh perempuan:

كَتَبَتْ فَاطِمَةُ الرِّسَالَةَ

Fatimah telah menulis surat itu.
(Fatimah: dia / seorang / perempuan / telah menulis)

جَلَسَتْ آمِنَةٌ عَلَى الأَرْضِ

Aminah telah duduk di atas tanah itu.
(Aminah: dia / seorang / perempuan / telah duduk)

Setakat ini saja perkongsian kali ini, kita akan sambung pada pelajaran seterusnya..

0 comments:

Post a Comment