Pages

Mar 15, 2015

Asas Kata Hubung المقدمة إلى حرف جر



Antara kata hubung (حرف جر) yang dipelajari bagi tingkatan 1,2 & 3 ialah:

من / إلى / عن / على / في / بـ /كـ / لـ

1. ْمِن 
- Dari / daripada / antara.. 

2. إِلَى
- ke / kepada

3. ْعَن
- daripada / tentang / dari..

4. ْفِي
- di / pada / dalam / ke dalam

5. بِـ
- dengan

6. كَـ
- seperti / sebagai..

7. لِـ
- untuk / bagi

Kaedah:

- Selepas kata hubung (حرف جر) di atas, kata nama yg berada selepasnya mesti berubah pada baris atau huruf akhir.

Perubahan-perubahannya adalah seperti berikut:

1. Jika kata nama (اسم ism) selepas kata hubung حرف جر adalah satu / seorang (مفرد singular) maka, baris akhir mesti berbaris di bawah. Contoh:

.. فِيْ الكِتَابِ
.. dalam buku itu

.. فِيْ كِتَابٍ
.. dalam sebuah buku

Contoh ayat lengkap:

الطَّالِبُ فِي الفَصْلِ

Pelajar itu di dalam kelas.

الطَّعَامُ عَلَى الطَّاوِلَةِ

Makanan itu di atas meja

2. Jika kata nama itu jumlahnya dua (مثنى dual) maka huruf Alif (ا) mesti ditukar kepada huruf Ya (ي). 
Untuk pengetahuan, kata nama yang berjumlah dua, mesti diakhiri dengan Alif dan Nun pada asalnya. Oleh itu, setelah masuk kata hubung حرف جر sebelumnya, Alif tadi mesti diubah kepada Ya.

المُعَلِّمُ + انِ = المعلمان
المعلم :  cikgu lelaki
ــان : dua
المُعَلِّمَانِ :  dua orang cikgu lelaki

Jadi, perkataan المعلمان perlu ditukar kepada المعلمين setelah masuk kata hubung حرف جر sebelumnya.

Contoh:
الهَدِيَّةُ لِلمُعَلِّمَيْنِ

Hadiah itu untuk dua orang cikgu (lelaki)

القَلَمُ عَلَى المَكْتَبَيْنِ
 
Pen itu di atas dua buah meja
(Sebelum masuk kata hubung حرف جر ialah ِالمَكْتَبَان )

نُسَافِرُ بِالسَّيَّارَتَيْنِ

Kami bermusafir dengan dua buah kereta
(Sebelum masuk kata hubung حرف جر , ialah ِالسَّيَّارَتَان )


2 comments: