Dec 2, 2014

YANG dalam Praktikal Penulisan

Penggunaan YANG dalam Penulisan B. Arab.

1. Menggunakan Sifat Mausuf:

- إِنَّهُ بَيْتٌ كَبِيرٌ.
"Sesungguhnya ia adalah sebuah rumah yang besar".

- المَبْنَى العَالِي أَمَامَ عُيُونِنَا.
"Bangunan yang tinggi (itu) di hadapan mata-mata kita".

2. Sekiranya Isim ada Alif Lam (Ma 'rifah), maka selepasnya mesti diletak Isim Mausul الَّذِي / اللَّّذَانِ jika ada Kata Kerja.

- رَأَيْتُ الأَخَ الَّذِي قَابَلْتُهُ أَمْسِ.
"Saya telah melihat saudara (lelaki) yang saya jumpa semalam".

- الأَطْعِمَةُ الَّتِي عَلَى الطَّاوِلَةِ كَثِيرَةٌ.
"Makanan-makanan yang di atas meja itu banyak".

3. Jika Isim tiada Alif Lam (Nakirah), maka Isim Mausul tidak digunakan:

- يَنَامُ أَحْمَدُ عَلَى سَرِيرٍ اِشْتَرَاهُ مُؤَخَّرًا.
"Ahmad sedang tidur di atas sebuah katil yang dibelinya baru-baru ini".

- جَلَستُ عَلَى كُرْسِيٍّ اِنْكَسَرَتْ قَوَائِمُهُ.
"Saya telah duduk di atas sebuah kerusi yang telah patah kaki-kaki nya".

1 comments:

Post a Comment