Dec 3, 2014

Penggunaan ذو dalam praktikal ayat B.Arab

Penggunaan ذُو (milik, hak, yang mempunyai..) dalam praktikal ayat B. Arab:.

ذُو / ذَوَا / ذَوَيْ / ذَوُو / ذَوِيْ / ذَاتُ / ذَواتَا / ذَوَاتَيْ / ذَوَاتُ

1. Dalam ayat berbentuk Nakirah:.

قَدْ حَدَثَ ذُو بَالٍ

"Telah berlaku suatu perkara penting". (Yang mempunyai kepentingan).


مَرَرْتُ بِذِي عَقْلٍ

"Saya telah melalui seorang yang cerdik". (Yang mempunyai aqal).


أُشَاهِدُ رَجُلاً ذَا شُهْرَةٍ فِي التلفاز

"Saya menyaksikan seorang lelaki yang masyhur di dalam TV". (Yang mempunyai kemasyhuran).


ذَلِكَ الطَّبِيبُ شَخْصٌ ذُو نُفُوذٍ

"Doktor itu ialah seorang berpengaruh". (Yang mempunyai pengaruh).


المَلِكُ ذُو سُلْطَةٍ

"Raja itu mempunyai kekuasaan".


2. Ayat bentuk Ma'rifah:.

ذُو الخِبْرَةِ أَمَامَ المَسْجِدِ

"Orang yang berpengalaman itu di hadapan masjid". (Yang mempunyai pengalaman).


نُطَالِعُ الدَّرْسَ مَعَ ذِي الثِّقَةِ

"Kami mengulangkaji pelajaran bersama orang yang dipercayai itu".


البَاحِثُونَ ذَوُو المَعْرِفَةِ تَرَكُوا لَنَا نَفْعًا

"Penyelidik-penyelidik yang berpengetahuan itu telah meninggalkan manfaat bagi kita".


يُجَازِي المُدِيرُ النِّسَاءَ ذَوَاتِ المَسْؤُولِيَّةِ

"Pengarah itu memberi ganjaran kepada wanita-wanita yang bertanggung jawab itu".

0 comments:

Post a Comment