Perbezaan Antara Mubtada Khabar dan Sifat Mausuf الفرق بين المبتدأ والخبر وبين الصفة والموصوف

Apakah perbezaan antara المُبْتَدَأُ وَالخَبَرُ (subjek & predikat) dengan الصِّفَةُ وَالْمَوْصُوْفُ (adjektif / kata sifat dan benda yang disifatkan)?
Untuk pengetahuan, المُبْتَدَأُ وَالخَبَر adalah AYAT LENGKAP, manakala الصِّفَةُ وَالْمَوْصُوْف BUKAN ayat lengkap.
contoh bagi المبتدأ والخبر ialah
الرَّجُلُ نُاجِحٌ
lelaki itu berjaya
العَامِلَةُ مُجْتَهِدَةٌ
pekerja wanita itu rajin
الطَّالِبَانِ نَشِيْطَانِ
dua orang pelajar (lelaki) itu aktif
المُسْلِمُوْنَ مُطِيْعُوْنَ
orang-orang Islam itu sangat taat
المُعَلِّمَاتُ شَدِيْدَاتٌ
guru-guru wanita itu sangat tegas
Sekarang cuba bezakan antara Sifat Mausuf.
Sifat Mausuf bukan ayat, sebaliknya ia adalah perkataan dengan gabungan sifatnya. Contoh:
الطَّالِبُ المُجْتَهِدُ..
pelajar (lelaki) yang rajin itu..
المَرْأَةُ الصَّالِحَةُ..
wanita yang baik itu..
وَلَدٌ كَرِيْمٌ
seorang budak yang pemurah..
*Perhatian:
1. Mubtada mempunyai cerita atau huraian. Khabar berfungsi sebagai yang menghuraikan cerita.
2. Sedangkan Sifat Mausuf tidak menghuraikan cerita.
3. Perbezaan yang ketara dalam contoh di atas adalah Mubtada ada Alif Lam (ال), khabar tiada Alif Lam. Sedangkan Sifat Mausuf bersifat sama. Jika ada Alif Lam, maka kedua-duanya ada Alif Lam. Jika tiada Alif Lam, maka kedua-dua perkataan itu tidak diletakkan Alif Lam sebagaimana contoh di atas.
Memang terbaik ... i support you
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih atas ilmu yg di kongsi
ReplyDelete