Oct 25, 2014

Jenis-Jenis Munada أقسام المنادى

Munada (المنادى) ada beberapa jenis. Hendak mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu Munada, sila rujuk catatan yang lalu di sini.

Munada terbahagi kepada 4 jenis.

1. Kata nama khas atau dikenali dengan isim ‘Alam (اِسْمُ العَلَمِ). Contohnya:

يَا عَليُّ

wahai Ali

يَا مُصْطَفَىْ

wahai Mustafa

 

2. Kata nama yang ditujukan kepada orang tertentu. contohnya:

يَا شُرْطِيُّ

wahai polis

يَا سَائِقُ

wahai pemandu

يَا طَبِيْبُ

wahai doktor

*Perhatian: Munada dalam kes ini mesti berbaris hadapan (ـــُــ) dan tiada Alif Lam.

3. Isim yang tidak dikhususkan kepada sesiapa dan tanpa merujuk kepada orang tertentu. Contohnya:

يَا رَجُلاً سَاعِدْنِيْ

wahai lelaki (mana-mana lelaki), tolong saya!

يَا امْرَأَةً، أَعْطِيْنِيْ الوَرَقَةَ

wahai perempuan (mana-mana perempuan), berikan saya kertas itu

 

* Perhatian: Bagi Munada jenis ini, ia mesti berbaris tanwin di atas (ــًــ) dan tidak boleh diletak Alif Lam.

 

4. Kata nama majmuk (الإضافة). Iaitu dua isim atau lebih yang bergabung membentuk satu makna. Contoh:

يَا عَبْدَ اللهِ

wahai Abdullah

يَا عَامِلَ المَصْنَعِ

wahai pekerja kilang

يَا تَاجِرَ الأَرُزِّ

wahai peniaga beras

* Perhatian: Bagi Munada jenis ini, perkataan pertama (المضاف) selepas Haraf Nida mesti berbaris di atas (ـــَـــ).

Screenshot (6)

0 comments:

Post a Comment