Oct 25, 2014

Cara Mudah Memahami Isti’arah Tasrihiyyah dan Makniyyah قواعد سهلة في فهم الاستعارة

Isti’arah ialah perkataan samada Kata Nama (الاسم) atau Kata Kerja (الفعل) yang bersifat مجازي (mengandungi kata tersirat), tetapi ia TIDAK menyatakan makna asal dalam sesebuah ayat. Contoh:

رَأَيْتُ الأَسَدَ يُصَلِّيْ فِيْ المَسْجِدِ

“saya telah melihat singa itu sedang bersolat di Masjid”

* Kalau diperhatikan dalam ayat di atas, perkataan الأسد (singa) memberikan hint kepada kita bahawa perkataan tersebut mempunyai maksud tersirat. Ini kerana, mustahil singa bersolat, kerana secara logiknya yang solat ditaklifkan hanya kepada jin dan manusia sahaja.

Isti’arah terbahagi kepada dua.

1- Isti’arah Tasrihiyyah (الاسْتِعَارَةُ التَّصْرِيْحِيَّةُ):

iaitu Isti’arah yang mana perkataan Majaziynya (perkataan yang mempunyai maksud tersirat) kebiasaannya adalah dari Kata Nama (الاسم).

Contohnya:

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيْمَ

“tunjukkanlah kami jalan yang lurus”

* Perkataan Majaziy di sini ialah الطراط المستقيم (jalan yang lurus). Maksud perkataan “jalan yang lurus” merujuk kepada “Agama yang benar, Islam”.

Perhatikan perkataan itu, ia adalah Kata Nama (الاسم), maka kita katakan ia adalah Isti’arah Tasrihiyyah (الاستعارة

التصريحية).

2. Isti’arah Makniyyah (الاسْتِعَارَةُ المَكْنِيَّةُ) ialah perkataan Majaziy dari Kata Kerja atau Sifat atau Kata Nama yang menghuraikan makna Kata Kerja atau Sifat.

Contohnya:

طَارَ الخَبَرُ فِيْ المَدِيْنَةِ

“telah terbang berita itu di bandar”

* Perhatikan perkataan طَارَ (telah terbang). Pasti perkataan ini mempunyai maksud tersirat, kerana tidak mungkin berita boleh terbang. Yang terbang adalah burung atau kapal terbang secara logiknya.

Jadi melihat kepada perkataan ini (iaitu: طَارَ) yang berbentuk Kata Kerja, maka kita katakan ia adalah Isti’arah Makniyyah (الاستعارة المكنية).

5 comments:

Assalamualaikum. adakah benar tasrihiyah untuk isim sahaja dan makniyyah untuk feel sahaja. Boleh beri contoh lebih. Syukran

Kebanyakkannya begitu la. Isim mahdh, kata nama zat dan lain2 biasanya tasrihiyyah. Feel, sifat, atau isim yg terbina atas feel dan sifat atau isim yg menunjukkan kepada feel atau sifat dikira makniyyah.

Boleh bagi lebih lagj contoh?

Post a Comment