Oct 28, 2014

Berhati-hatilah Daripada Kesilapan Baris! احذر من أغلاط النطق والتشكيل

Berhati-hatilah daripada kesilapan baris atau sebutan. Kerana ia boleh membawa kepada kesilapan maksud yang sangat membahayakan.

احذروا أيها الإخوة من الأخطاء في التشكيل أو النطق لأنها تقود إلى إساءة المعاني والفهم أو من أسوأ الحال، يتغير المعنى إلى ما يفسد!

Cuba lihat petikan hadith di bawah:

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَعْجِزْ

“Bersemangatlah dalam apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan janganlah kamu menjadi lemah!”

(Hadith Riwayat Muslim)

Perhatikan perkataan:

ولا تَعْجِزْ

“.. janganlah kamu lemah”

Cuba lihat pada baris huruf Jim (جِــ) berbaris di bawah.

Jika baris pada huruf Jim itu ditukar kepada baris atas menjadi:

تَعْجَزْ

Maknanya akan berubah kepada makna yang tidak elok iaitu:

“kamu menjadi punggung besar”

Lucu bukan?

0 comments:

Post a Comment