Bentuk-Bentuk Haraf Nida' أدوات النداء

Bentuk-bentuk perkataan Nida (kata seru):
Sekiranya yang dipanggil (الْمُنَادَى) itu dekat, maka kita boleh guna َأ . Contohnya:
(ُأَ مُحَمَّد) “Wahai Muhammad”,
(ُأَ خَالِد) “Wahai Khalid”.
Atau boleh juga kita guna أَيُّهَا . Contohnya:
(ُأَيُّهَا الوَلَد) “Wahai budak”,
(ُأيُّهَا الأَب) “Wahai ayah”.
* Perhatian: Selepas أَيُّهَا mesti ada Alif Lam (الــ)!
Sekiranya yang dipanggil (المنادى) itu jauh,
maka perkataan أَيَا boleh digunakan. Contoh:
(ُأَيَا طَالِب) “Wahai pelajar”,
(ُأَيَا حَبِيْب) “Wahai kekasih”.
Bagi perkataan يا , ia boleh digunakan bagi yang dekat atau yang jauh. Haraf Nida ini lah yang paling masyhur digunakan. Contohnya:
(ُيَا طَبِيْب) “Wahai doktor”,
(ِيَا عَبْدَ الله) “Wahai Abdullah”,
(ُيا عَامِل) “Wahai pekerja”,
(ْيا أُمِّي) “Wahai ibu”.
No comments:
Post a Comment