Selamat Datang ke Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab KBSM

أهلا وسهلا ومرحبا بكم في مدونة دراسة اللغة العربية. هذه المدونة يشرفها بعض أساتذة يدرسون اللغة العربية في المدرسة الثانوية. فلكم أجمل التحيات من رئيس تحرير الموقع الأستاذ ذوالكفل بن تشيك حسين القاهري. والسلام عليكم

Anugerah Peringkat Kebangsaan 2012!

Laman ARABICFORUS.blogspot.com telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Educational Blogging peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 anjuran Pusat ICT UPSI. En. Us. Zulkifly (editor / admin) telah menerima anugerah tersebut pada 22 Oktober lalu, bertempat di Shangri La Hotel Putrajaya.

Sila gunakan browser versi terbaru seperti Mozilla Firefox, Opera atau Safari

Untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan browser yang telah di"update". Bagi pengguna mobile phone, anda boleh melayari web ini dengan laman yang telah dikonfigurasi. Selamat melayari ARABICFORUS!

Kata Hikmat dan Peribahasa

Kumpulan kata-kata hikmat dan peribahasa boleh didapati di sini. Boleh digunakan dalam karangan, artikel dan syarahan. Diambil daripada kata-kata para hukama, ulama serta peribahasa dan perumpamaan Melayu yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Muat Turun Nota Peperiksaan

Para pelajar boleh memuat turun pelbagai nota, rujukan, bahan pelajaran dari sini sebagai persediaan untuk peperiksaan. Nota-nota disediakan oleh asatizah SMKA TUNAZ dan boleh didapati dari semasa ke semasa.

Khas untuk PT3 2017

Dapatkan nota, bahan rujukan untuk persediaan PT3 2017 di sini!

Jun 14, 2014

المكالمة العربية : العبارات المشهورة لدى العرب–Frasa-Frasa Ayat Bahasa Arab yang Masyhur

لكم هذا الرابط لتحميل بعض أمثلة التعبيرات العربية المشهورة لدى العرب.

Muat turun frasa-frasa asas percakapan Bahasa Arab berdasarkan penggunaan orang Arab setiap hari di sini.

Jun 5, 2014

التقنيات الأساسية في الإجابة عن السؤال الخامس - Kaedah Asas Menjawab Soalan 5 PT3


تفضلوا بتحميل المفكرة المبسطة في التقنيات الأساسية للإجابة عن السؤال الخامس (ترتيب الكلمات) للتقييم المدرسي بي. تي. تري. هنــا.

Sila muat turun nota mudah teknik-teknik asas bagi menjawab soalan 5 (Susun perkataan) untuk PT3 di sini.

Jun 1, 2014

Modul Latihan Bahasa Arab Dalam Cuti - وحدات تدريبات اللغة العربية أثناء العطلة


Kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKA Tun Ahmad Zaidi, sila muat turun Modul Latihan Bahasa Arab Dalam Cuti dari pautan-pautan di bawah:

1. Modul Ujian (Jawab Modul 2 SAHAJA)

قصة الأستاذ الذكي - Kisah Guru Yang Pintar


Beberapa hari sebelum tiba masa peperiksaan,

ketika empat orang pelajar sebuah kuliah berpakat..

untuk menghabiskan dua atau tiga hari

di satu tempat terpencil untuk makan angin & bersuka ria

kerana mereka berasa mereka akan pulang dengan otak yang kosong

dan boleh menjawab soalan nanti

Di sana mereka terpukau dengan pemandangan alam semulajadi yang indah

lalu mereka pun terlewat dan mendapati bahawa mereka tidak akan sempat hadir ke peperiksaan yang pertama

maka mereka pun fikir untuk mencipta satu helah terhadap guru mereka

supaya beliau boleh mengulang peperiksaan untuk mereka pada hari berikutnya

 dan mereka memberitahunya selepas kepulangan mereka

bahawa salah satu tayar kereta mereka telah pecah

ketika dalam perjalanan pulang pada waktu malam

di suatu tempat yang gelap dan tiada seorang penduduk pun

dan mereka terpaksa menunggu sehingga hari berikutnya

untuk membaiki tayar itu

lalu guru mereka bersetuju untuk menunda peperiksaan bagi mereka

pada hari yang ditetapkan untuk peperiksaan itu

guru meminta dari empat orang pelajarnya itu

supaya setiap orang dari mereka duduk

di satu sudut dalam dewan peperiksaan

supaya mereka tidak dapat melihat apa yang ditulis oleh rakan mereka

mereka berempat amat terkejut dengan kertas soalan tersebut apabila mengandungi soalan yang berbunyi :

"Tayar yang mana satu kah (dari empat tayar kereta) yang pecah?"

"Pukul berapakah kejadian itu berlaku?"

"Siapakah yang memandu kereta pada waktu itu?"