May 4, 2014

Kisah Juha Yang Kehilangan Kasutya. قصة جحا عن فقدان حذائه

وَلَمَّا خَرَجَ جُحَا مِنَ المَسْجِدِ

Ketika Juha keluar dari Masjid,

وَلَمْ يَجِدْ حِذَاءَهَ

dia tidak mendapati kasutnya,

فَوَقَفَ يَصْرُخُ أَمَامَ النَّاسِ بِصَوْتِ تَهْدِيْدٍ:

Lalu dia pun menjerit di hadapan manusia dengan suara yang memberi ancaman:

أقْسِمُ بِاللهِ, إنْ لَمْ تُحْضِرُوْا لِيْ حِذَائِيْ فَسَأَفْعَلُ كَمَا فَعَلَ أبِيْ!

Aku bersumpah dengan nama Allah, jika kalian tidak memulangkan kasutku, akan aku lakukan sebagaimana bapa aku telah lakukan!

تَجَمَّعَ النَّاسُ حَوْلَهُ مُنْدَهِشِيْنَ ثُمَّ سَأَلُوْهُ:

Semua orang berkumpul di sekelilingnya dengan hairan kemudian bertanyanya:

وَمَاذَا فَعَلَ أبُوْكَ ؟؟

Apakah yang telah bapamu lakukan??

فَقَالَ مُهَدِّدًا:

Lalu Juha berkata sambil memberi ancaman:

أحْضِرُوْا لِيْ حِذَائِيْ وَإلاَّ فَعَلْتُ كَمَا فَعَلَ أبِيْ

Berikan kepadaku kasutku, jika tidak, pasti aku lakukan apa yang telah bapaku lakukan!

فَخَافَ النَّاسُ مِنْهُ وَأحْضَرُوْا لَهُ حِذَاءً جَدِيْدًا ثُمَّ سَألُوْهُ:

Maka semua orang merasa takut, lalu mereka memberikannya kasut yang baru, kemudian mereka bertanya Juha:

قُلْ لَنَا يَا جُحَا مَاذَا فَعَلَ أبُوْكَ ؟؟

Katakan kepada kami wahai Juha, apakah yang telah bapamu lakukan??

قَالَ ذَهَبَ إلى البَيْتِ حَافِيًا!

Juha menjawab, bapa ku pulang ke rumah berkaki ayam lah!

0 comments:

Post a Comment