Selamat Datang ke Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab KBSM

أهلا وسهلا ومرحبا بكم في مدونة دراسة اللغة العربية. هذه المدونة يشرفها بعض أساتذة يدرسون اللغة العربية في المدرسة الثانوية. فلكم أجمل التحيات من رئيس تحرير الموقع الأستاذ ذوالكفل بن تشيك حسين القاهري. والسلام عليكم

Anugerah Peringkat Kebangsaan 2012!

Laman ARABICFORUS.blogspot.com telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Educational Blogging peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 anjuran Pusat ICT UPSI. En. Us. Zulkifly (editor / admin) telah menerima anugerah tersebut pada 22 Oktober lalu, bertempat di Shangri La Hotel Putrajaya.

Sila gunakan browser versi terbaru seperti Mozilla Firefox, Opera atau Safari

Untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan browser yang telah di"update". Bagi pengguna mobile phone, anda boleh melayari web ini dengan laman yang telah dikonfigurasi. Selamat melayari ARABICFORUS!

Kata Hikmat dan Peribahasa

Kumpulan kata-kata hikmat dan peribahasa boleh didapati di sini. Boleh digunakan dalam karangan, artikel dan syarahan. Diambil daripada kata-kata para hukama, ulama serta peribahasa dan perumpamaan Melayu yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Muat Turun Nota Peperiksaan

Para pelajar boleh memuat turun pelbagai nota, rujukan, bahan pelajaran dari sini sebagai persediaan untuk peperiksaan. Nota-nota disediakan oleh asatizah SMKA TUNAZ dan boleh didapati dari semasa ke semasa.

Khas untuk PT3 2017

Dapatkan nota, bahan rujukan untuk persediaan PT3 2017 di sini!

Jan 30, 2013

Muat turun nota Majaz Mursal–تحميل المفكرة في المجاز المرسل Tingkatan 4 & 5

تفضلوا بتحميل المفكرة الموجزة في المجاز المرسل للسنتين الرابعة والخامسة على الرابط أدناه:
المفكرة في المجاز المرسل

Muat turun nota ringkas bab Majaz Mursal bagi tingkatan 4 dan 5 di sini.
* Contoh-contoh diambil dari buku teks Bahasa Arab tingkatan 4

Jan 28, 2013

Muat Turun Nota Adawat Nafi–أدوات النفي Tingkatan 3 PMR


أفضل أن أقدم لكم هذه المفكرة الصغيرة التي ستفيدكم في الامتحان المقبل خاصة لطلبة السنة الثالثة. موضوعها “أدوات النفي”. فلكم الرابط لتحميلها:

أدوات النفي

Di sini disediakan nota Kata Nafi yang ringkas khas buat pelajar tingkatan 3. Diharap dapat membantu anda semua dalam menghadapi peperiksaan nanti. Klik di sini untuk muat turun.

Jan 23, 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Tingkatan 1 dan 2


لمعلمي مادة اللغة العربية للسنتيْ الأولى والثانية، هنا أعددنا لكم خطة التدريس السنوي الكامل لكلا السنتين. فلا تتحرجوا من تحميلهما عبر الروابط الجاهزة التالية:

Bagi guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan 1 dan 2 tahun ini, boleh memuat turun Rancangan Pengajaran tersebut di sini:

Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tahunan Tingkatan 1

Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tahunan Tingkatan 2

Kredit buat Us. Ab. Fattah & Ust. Zawiyah

Kalimatussirr–كلمات السر 23.1.13

k23.1.13

أعْطِ القَوْسَ بَارِيْهَا

“Berikanlah busur kepada pembuatnya”

Maksud:
Setiap pekerjaan pasti ada orang yang benar-benar memahami selok belok serta pakar terhadap pekerjaan itu. Oleh itu, hendaklah seseorang itu mesti memilih bidang yang dia boleh kuasai demi menjamin kelancaran pekerjaan tersebut. Sebuah pekerjaan akan terbengkalai jika yang menguruskannya adalah orang yang di luar skop pengetahuannya.

Jan 22, 2013

Muat turun modul soalan Bahasa Arab PMR 2013


تشرفت بإعداد بعض نماذج الأسئلة للتقييم الثانوي المتوسط لعام 2013 حسب الأبواب الدراسية من الكتاب المدرسي الرسمي للسنة الثالثة. فاروابط للتحميل جاهزة لكم هنا.
Di sini disediakan contoh modul soalan PMR 2013 mengikut topik berdasarkan buku teks rasmi sekolah tingkatan 3. Sila muat turun mengikut modul di bawah:

1- MODUL 1 (BAB 1-2)

Jan 17, 2013

نماذج الإنشاء لطلبة السنة الثالثة [Contoh-contoh karangan tingkatan 3]

تشرفت بإعداد بعض نماذج المقالات الإنشائية باللغة العربية لطلبة السنة الثالثة من إدارة التربية بقدح على الرابط الجاهز أدناه:

مجموعة الإنشاءات للسنة الثالثة

Muat turun contoh karangan Bahasa Arab untuk tingkatan 3 PMR 2013 di sini.

Jan 16, 2013

مذكرة في باب الإضافة - Nota tajuk Idhafat ting. 4 dan SPM


الإضَافَة

Di sini disediakan syarat-syarat wajib bagi Idhafat:

1. Idhafat mesti terdiri dalam kalangan kata nama sahaja (اسم).

Contoh:

سيارة المعلم
(Kereta cikgu itu)

سيارة معلم
(Sebuah kereta cikgu)

2. Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA perkataan.

3. Ia tidak boleh menjadi ayat (Ia hanya perkataan).

4. Perkataan pertama dipanggil Mudhaf (مُضَافٌ), manakala perkataan kedua dipanggil Mudhaf Ilaih (مضاف إليه).

5. Mudhaf TIDAK boleh diletak Alif Lam (ال).

6. Sekiranya Mudhaf itu Muthanna (مثنى iaitu dua), atau Jama’ Muzakkar Salim (جمع المذكر السالم) maka hendaklah dibuang huruf Nun (ن).

Contoh:

سيارتا المعلم
(Dua buah kereta cikgu itu)

معلمو المدرسة
(Guru-guru sekolah itu)

7. Mudhaf Ilaih TIDAK boleh dari Isim yang membawa maksud Sifat.

8. Sekiranya Mudhaf Ilaih adalah Mufrad (iaitu satu), atau Jama’ Taksir, atau Jama’ Muannath Salim (Jama’ untuk perempuan), maka ia mesti berbaris BAWAH. (Jika ada Alif Lam, maka barisnya satu di bawah. Jika tiada Alif Lam, maka barisnya DUA di bawah).

Contoh:

سيارة المعلمِ

(Kereta cikgu itu)

سيارة الطلابِ

(Kereta pelajar-pelajar itu)

سيارة المعلماتِ

(Kereta cikgu-cikgu perempuan itu)

سيارة معلمٍ

(Sebuah kereta cikgu)

سيارة معلماتٍ


(Sebuah kereta yang dimiliki oleh cikgu-cikgu perempuan)

9.
Sekiranya Mudhaf Ilaih itu Muthanna (dua), atau Jama’ Muzakkar Salim, maka hendaklah menggunakan Ya (ي) menggantikan Alif (ا) dan Wau (و) pada Muthanna dan Jama’ tadi.

Contoh:

سيارة المعلِمَيْنِ

(Kereta dua orang cikgu itu)

سيارة المعلِمِيْنَ

(Kereta cikgu-cikgu itu)

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5


لمعلمي مادة اللغة العربية للسنتيْ الرابعة والخامسة، هنا أعددنا لكم خطة التدريس السنوي الكامل لكلا السنتين. فلا تتحرجوا من تحميلهما عبر الروابط الجاهزة التالية:

Bagi guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan 4 dan 5 tahun ini, boleh memuat turun Rancangan Pengajaran tersebut di sini:

Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tahunan Tingkatan 4

Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tahunan Tingkatan 5

Kredit buat Us. Mohd. Fadhil bin Sani

تحميل مرجع كامل للتعبير والإنشاء- Muat turun rujukan pembinaan ayat dan karangan


لكم هذا
الكتاب المفيد

كتاب الرائد في التعبير تأليف طارق بنداري
هذا الكتاب يعتبر دليلا عظيما لطالبي مادة اللغة العربية حيث أنه يحتوي على نماذج عديدة من التعبيرات للكتابة والخطاب.
لذا، أقدمه لكم عبر الرابط أدناه:

Jan 15, 2013

كلمات السر–Password 16.1.2013


مَنْ هَابَ خَابَ

“Siapa yang takut mencuba atau berusaha, maka dia pasti gagal kelak”

“Nothing venture, nothing have”

Jan 14, 2013

Ringkasan Tahbibul Lughah–Perkataan penting


تحميل المفكرة في الكلمات المهمة لمشروع تحبيب اللغة والمحادثة البسيطة. ولكم بكل سرور هذا الرابط للتحميل. شكرا


خلاصة تحبيب اللغة


Muat turun nota perkataan-perkataan penting Tahbibul Lughah serta perbualan-perbualan ringkas di sini.

تحبيب اللغة - Tahbibul Lughah [Nama anggota badan]

بإمكانكم أيها الطلبة خاضة في السنة الأولى تحميل المذكرة الصغيرة التي يكون موضوعها أسماء أعضاء الجسم على شكل بي.دي.إيف. هنا وشكرا




Kepada pelajar tingkatan 1, anda boleh memuat turun nota yang bertajuk Nama Anggota Badan di sini dalam format PDF. Terima kasih.  

* mengandungi makna dalam bahasa Melayu, pecahan kepada muzakkar dan muannath.

Buku panduan Tahbibul Lughah tingkatan 1

السلام عليكم ورحمة الله
Bagi pelajar dan guru, anda boleh memuat turun buku panduan Tahbibul Lughah bagi tingkatan 1. Pelaksanaan program ini ialah selama 1 bulan. Di akhir program, ujian akan diadakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar tingkatan 1 terhadap Bahasa Arab. Buku ini dalam format PDF, sila muat turun melalui pautan di bawah. Terima kasih.

Tahbibul Lughah Tingkatan 1

Jan 9, 2013

Kalimatussirr–كلمات السر 9.1.13

لِيْنُ الكَلاَمِ

قَيْدُ القُلُوْبِ

“Kelembutan kata
menjadi ikatan hati”

فإن من المحافظة على دين المرء المحافظة على اللسان.

قال شيخ الإسلام ابن تيمية موضحًا حال الكثيرين:

ومن العجب أن الإنسان يهون عليه التحفظ والاحتراز من أكل الحرام والظلم والزنا والسرقة وشرب الخمر، ومن النظر المحرم وغير ذلك، ويصعب عليه التحفظ من حركة لسانه، حتى ترى الرجل ليشار إليه بالدين والزهد والعبادة، وهو يتكلم بالكلمات من سخط الله لا يلقي لها بالاً، ينزل بالكلمة الواحدة منها أبعد مما بين المشرق والمغرب، وكم ترى من رجل متورع عن الفواحش والظلم ولسانه يفري في أعراض الأحياء والأموات، ولا يبالي ما يقول.

الجواب الكافي (171)

Jan 3, 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Tingkatan 3

لمعلمي مادة اللغة العربية للسنة الثالثة، هنا أعددنا لكم خطة التدريس السنوي الكامل. فلا تتحرجوا من تحميلها عبر الروابط الجاهزة التالية:

Bagi guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan 3 tahun ini, boleh memuat turun Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tingkatan 3 di sini:

Rancangan Pengajaran Bahasa Arab Tahunan Tingkatan 3

Jan 2, 2013

مهارة الكلام العربي - Kemahiran bercakap Bahasa Arab



أيها الطلاب، اقرؤوا هذا الحوار المكتوب آنفا وانطقوا كلماته نطقا صحيحا.