Dec 29, 2012

Kisah si bijak dan kasutnya

يُحكى أن فلانا كان يجري بسرعة للحاق بقطار

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki sedang berlari dengan laju untuk mengejar keretapi.

وقد بدأ القطار بالسير وعند صعوده القطار

Sedang keretapi itu sudah pun berjalan. Ketika dia menaikinya,

سقطت من قدمـه إحدى فردتي حذائه

jatuh dari kakinya salah satu pasang kasutnya.

فما كان منه إلا خلع الفردة الثانية

Lalu dia membuka sebelah kasutnya yang lain

وبسرعة رماها بجوارالفردة الأولى على سكة القطار

Lantas, dia membalingnya ke sebelah kasutnya yang pertama tadi di atas landasan keretapi.

فتعجب أصدقاؤه وسألوه ماحملك على مافعلت؟ لماذا رميت فردة الحذاء الأخرى؟

Maka terkejut lah rakan-rakannya lalu bertanyanya, apa yang menyebabkan anda lakukan semua itu? Mengapa anda membuang lagi sebelah kasut yang lain?

فقال هذا الفلان الحكيم:
أحببت للفقير الذي يجد الحذاء أن يجد فردتين فيستطيع الانتفاع بهما

Maka lelaki yang bijak ini berkata:
Aku suka (jika) ada orang miskin yang menjumpai kasut itu kedua-dua belah, kerana dia boleh menggunakannya.

فلو وجد فردة واحدة فلن تفيده!

Jika dia menjumpai sebelahnya sahaja, pasti ia tidak memberi faedah kepadanya.

ولن أستفيد أنــا منها أيضا!

Dan aku juga pun tidak dapat menggunakannya!

0 comments:

Post a Comment