Apr 14, 2012

Huruf JAR untuk tingkatan 3 - حروف الجر للسنة الثالثة

حَرْفُ جَرٍّ (Kata Hubung)
~ مِن إلى عَنْ على في بـِ كَـ لـِ ~


Cuba lihat formula ini:

1. Sekiranya ISIM selepas huruf jar MUFRAD, maka ia (ISIM) mesti berbaris BAWAH. Contoh:

رَأيْتُ المُهَنْدِسَ في الغُرْفَةِ

"saya telah melihat jurutera itu di dalam bilik"

* Perhatikan [الغُرْفَةِ] baris akhirnya adalah baris BAWAH kerana ia MUFRAD (tunggal).


2. Sekiranya MUTHANNA (dua), mesti ditukar kepada huruf YA. Contoh:

مَرَرْتُ بِالُمعَلِّمَيـْنِ

"saya telah berlalu di hadapn dua orang guru (lelaki)"

* Perhatikan perkataan [الُمعَلِّمَيـْنِ] yang sepatutnya [المعلمان] kerana sebelumnya telah masuk huruf JAR iaitu [بِـ]. Huruf alif telah ditukar kepada YA kerana ia MUTHANNA (dua) bila masuk huruf JAR di hadapannya.

Contoh lain:

نَحْنُ مِن القَريَتَيْـنِ القَرِيْبَتَيـْنِ

"kami (datang) dari dua kampung yang berdekatan"

* Perhatikan perkataan القَريَتَيْـنِ yang menggunakan huruf يـ kerana masuk huruf jar untuk MUTHANNA di hadapannya iaitu من.

~ bersambung ~

0 comments:

Post a Comment