Feb 10, 2012

كلمات السر - Kalimatussirr



Kalimatussir minggu ini ialah:

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ نَمَّامٌ

Maksudnya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba"
"No talebearer enters paradise"

Ayat ini diambil dari Hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Muslim. Setiap orang mestilah berwaspada ketika berkata-kata. Islam melarang umatnya dari bercakap perkara yang melibatkan peribadi saudaranya yang lain. Selidiki dahulu kebenaran cerita yang disampaikan. Sekiranya benar, kita dilarang untuk menyebarkannya kepada yang lain, dan sekiranya salah, maka ia adalah suatu fitnah. Islam amat membenci umatnya menjatuhkan maruah rakannya dan mengaibkannya. Tidak kira pelajar sekolah dengan kawan mahupun pekerja dengan rakan sejawatnya.

0 comments:

Post a Comment