Jan 16, 2013

مذكرة في باب الإضافة - Nota tajuk Idhafat ting. 4 dan SPM


الإضَافَة

Di sini disediakan syarat-syarat wajib bagi Idhafat:

1. Idhafat mesti terdiri dalam kalangan kata nama sahaja (اسم).

Contoh:

سيارة المعلم
(Kereta cikgu itu)

سيارة معلم
(Sebuah kereta cikgu)

2. Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA perkataan.

3. Ia tidak boleh menjadi ayat (Ia hanya perkataan).

4. Perkataan pertama dipanggil Mudhaf (مُضَافٌ), manakala perkataan kedua dipanggil Mudhaf Ilaih (مضاف إليه).

5. Mudhaf TIDAK boleh diletak Alif Lam (ال).

6. Sekiranya Mudhaf itu Muthanna (مثنى iaitu dua), atau Jama’ Muzakkar Salim (جمع المذكر السالم) maka hendaklah dibuang huruf Nun (ن).

Contoh:

سيارتا المعلم
(Dua buah kereta cikgu itu)

معلمو المدرسة
(Guru-guru sekolah itu)

7. Mudhaf Ilaih TIDAK boleh dari Isim yang membawa maksud Sifat.

8. Sekiranya Mudhaf Ilaih adalah Mufrad (iaitu satu), atau Jama’ Taksir, atau Jama’ Muannath Salim (Jama’ untuk perempuan), maka ia mesti berbaris BAWAH. (Jika ada Alif Lam, maka barisnya satu di bawah. Jika tiada Alif Lam, maka barisnya DUA di bawah).

Contoh:

سيارة المعلمِ

(Kereta cikgu itu)

سيارة الطلابِ

(Kereta pelajar-pelajar itu)

سيارة المعلماتِ

(Kereta cikgu-cikgu perempuan itu)

سيارة معلمٍ

(Sebuah kereta cikgu)

سيارة معلماتٍ


(Sebuah kereta yang dimiliki oleh cikgu-cikgu perempuan)

9.
Sekiranya Mudhaf Ilaih itu Muthanna (dua), atau Jama’ Muzakkar Salim, maka hendaklah menggunakan Ya (ي) menggantikan Alif (ا) dan Wau (و) pada Muthanna dan Jama’ tadi.

Contoh:

سيارة المعلِمَيْنِ

(Kereta dua orang cikgu itu)

سيارة المعلِمِيْنَ

(Kereta cikgu-cikgu itu)

0 comments:

Post a Comment