Selamat Datang ke Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab KBSM

أهلا وسهلا ومرحبا بكم في مدونة دراسة اللغة العربية. هذه المدونة يشرفها بعض أساتذة يدرسون اللغة العربية في المدرسة الثانوية. فلكم أجمل التحيات من رئيس تحرير الموقع الأستاذ ذوالكفل بن تشيك حسين القاهري. والسلام عليكم

Anugerah Peringkat Kebangsaan 2012!

Laman ARABICFORUS.blogspot.com telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Educational Blogging peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 anjuran Pusat ICT UPSI. En. Us. Zulkifly (editor / admin) telah menerima anugerah tersebut pada 22 Oktober lalu, bertempat di Shangri La Hotel Putrajaya.

Sila gunakan browser versi terbaru seperti Mozilla Firefox, Opera atau Safari

Untuk paparan terbaik, pastikan anda menggunakan browser yang telah di"update". Bagi pengguna mobile phone, anda boleh melayari web ini dengan laman yang telah dikonfigurasi. Selamat melayari ARABICFORUS!

Kata Hikmat dan Peribahasa

Kumpulan kata-kata hikmat dan peribahasa boleh didapati di sini. Boleh digunakan dalam karangan, artikel dan syarahan. Diambil daripada kata-kata para hukama, ulama serta peribahasa dan perumpamaan Melayu yang diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Muat Turun Nota Peperiksaan

Para pelajar boleh memuat turun pelbagai nota, rujukan, bahan pelajaran dari sini sebagai persediaan untuk peperiksaan. Nota-nota disediakan oleh asatizah SMKA TUNAZ dan boleh didapati dari semasa ke semasa.

Khas untuk PT3 2017

Dapatkan nota, bahan rujukan untuk persediaan PT3 2017 di sini!

Jan 27, 2011

Syair al-Imam Assyafi'i rahimahullah [Buku teks B.A Ting. 3]

تَعَلَّمْ فَلَيْسَ المَرْءُ يُوْلَدُ عَالِـمًــا ...
وَلَيْسَ أَخُوْ عِلْمٍ كَمَنْ هُوَ جَاهِـل
"belajarlah, tiada manusia yang dilahirkan (secara semula jadinya) berilmu
dan orang yang berilmu itu tidak sama dengan orang jahil"


وإِنَّ كَبِيْرَ القَوْمِ لاَ عِلْمَ عِـْنـدَهُ ...
صَغِيْرٌ إذا الْتَفَتْ عَلَيْهِ الجَحَافِل
"sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu,
dipandang kecil (tiada nilai) oleh rakyat jelata"


وإنَّ صَغِيْرَ القَوْمِ إنْ كَانَ عَالِمًا ...
كَبِيْرٌ إذا رَدَّتْ إلَيْهِ المَحَـافِـل

"dan sesungguhnya orang biasa (rakyat biasa) sekiranya berilmu,
nilainya seperti pembesar sesuatu kaum (nilainya) bila menjadi pakar rujuk kepada kerajaan"

Jan 26, 2011

Perumpamaan dahsyat!


أَسْمَعُ جَعْجَعَةً وَلاَ أَرَى طِحْناً
يُضَرَبُ لِلْبَخِيلِ يَعِدُ وَلاَ يَفِي بِوَعْدِه، وَلِمَنْ يَتَكَلَّمُ كَثِيراً وَلاَ يَعْمَلُ شَيْئاً

[Perumpamaan]
Seseorang yang kedekut berjanji sesuatu tetapi tidak menepati janjinya atau seseiapa yang berkata-kata banyak tetapi tidak melakukan apa-apa

Jan 18, 2011

[Untuk Guru] RPT Tingkatan 1 yang sudah di "edit"

RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) 2011 untuk tingkatan 1 yang sudah disunting, boleh dapatkan di sini. Terima Kasih

Jan 13, 2011

تقاعد المديرة لمدرسة تونز

Sempena hari persaraan puan pengetua cemerlang Puan Amnah Salleh, Pengetua SMKA Tun Ahmad Zaidi. Dedikasi klip detik terakhir mengiring puan pengetua ke pintu pagar sekolah. Tarikh persaraan ialah pada 14.1.2011.
 

Jan 8, 2011

Belajar Bahasa Arab bagi pelajar baru 2011!

أهلا وسهلا أيها الطلبة الجدد
Selamat datang wahai pelajar-pelajar baru 2011!
Saya dedikasikan laman ini untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan Bahasa Al-Quran ini

Jan 5, 2011

Ujian Diagnostik Bahasa Arab Tingkatan 3

Ujian diagnostik akan diadakan di kelas masing-masing pada:
Tarikh: 12.1.2011 - Rabu