Apr 21, 2009

ترجمة النص من الكتاب المدرسي للسنة الثانية (صفحة 90)

Surat kepada guru

Busyra binti Nasir,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Gombak, Selangor.
9 Mei, 2009

Kepada (kehadapan) ustazku yang mulia Encik Zaki bin ali di Sekolah Dato’ Kelana Petra Ma’mur Seremban.

Salam sejahtera,

Saya menulis kepada encik (cikgu) surat ini ketika saya dalam keadaan sihat dan selamat, dan saya mengharapkan agar anda berada dalam keadaan kesihatan yang baik serta dalam penjagaan Allah.

Ustazku yang mulia, bersempena dengan hari guru, yang akan kami sambut pada minggu hadapan, saya mengambil peluang yang baik (bahagia) ini untuk memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan atas usaha anda. Maka saya sesungguhnya berterima kasih kepada anda atas nasihat anda yang bernilai, dan sesungguhnya anda telah menasihati saya untuk beribadat kepada Allah serta mentaatinya sentiasa, dan juga menghormati kedua orang tua, mendorong saya supaya belajar dengan tekun dan kesungguhan, serta menjauhi daripada kemalasan dalam menuntut ilmu.

Ustazku yang disayangi, anda telah menunaikan kewajipan anda sebaik-baik kewajipan, maka syukur kepada Allah dengan usaha anda dan doa anda, saya mampu melanjutkan pelajaran ke UIAM Gombak. Dan adalah saya sangat berbahagia kerana saya telah belajar daripada panduan-panduan anda, dan saya bermohon kepada Allah semoga memberi ganjaran kepada anda sebaik-baik ganjaran, dan memberi taufiq kepada anda dalam segala urusan (anda), dan sebelum berakhir, saya tinggalkan anda dengan sya’ir ini:

aku melihatmu mulia * lemah lembut serta cergas
hatimu penyayang * dan lemah-lembutmu hebat sekali
lembut percakapan * bekerja dalam kekemasan
dikau mengajar segala ilmu * mendidik generasi


Terima kasih dan Assalamualaikum.


Pelajarmu yang ikhlas;
………………………….

0 comments:

Post a Comment