Apr 21, 2009

ترجمة النص في صفحة83 من كتاب اللغة العربية المدرسي للسنة الثانية

Membaca kunci kepada ilmu

Basyirah mahu mencari tentang sumbangan seorang saintis terkenal iaitu Ibnu Sina. Maka dia telah melawati alamat laman web http://www.alnoor.info lalu dia memperolehi daripadanya maklumat yang sangat banyak, dan antaranya ialah:

--------------------------------
Kelahirannya
: Ibnu sina dilahirkan di ibu kota Bukhara pada tahun 370 hijrah.
 
Pengajiannya: Ibnu sina menyukai pengajian kitab-kitab Yunani. Dan dia telah menghabiskan waktu yang panjang untuk membaca kitab-kitab tersebut. Dan beliau juga pakar dalam bidang perubatan ketika beliau masih remaja. Beliau juga melibatkan diri dalam bidang matematik dan astronomi serta pertubatan dan lain-lain lagi.
 
Karangan-karangan beliau: Ibnu sina masyhur dengan karangan-karangannya yang bernilai. Dan antara kitabnya yang masyhur dalam perubatan ialah “Undang-undang dalam perubatan”. Dan ia adalah sebuah buku rujukan yang penting di Eropah serta telah diterjemahkan ke dalam 10 bahasa asing.

-----------------------------------

Ketika membacanya, Basyirah merasa kagum dengan usaha Ibnu Sina dan berkata: Sungguhlah, benar kata orang-orang bijak pandai: “membaca itu adalah kunci kepada ilmu”. Maka membaca itu menjadikan Ibnu Sina seorang personaliti yang pintar dalam ilmunya.

Makna kata hikmah: Sesungguhnya sifat suka membaca membuka jalan-jalan bagi memperolehi ilmu.

Pengajaran dan iktibar:
(1) Membaca itu perlu dalam kehidupan manusia.
(2) Melalui pembacaan, manusia memperolehi ilmu yang banyak
(3) Ummah menjadi maju dan Berjaya dengan berterusannya pembacaan dan kajian.

0 comments:

Post a Comment